KFC STAFF

ASSALAMUALAIKUM 


Pada 30 April 2013, hari terakhir aku bekerja dan hari tu juga hari terakhir aku jadi cashier di Kfc Tasek Drive Thru. Aku ambil keputusan untuk resign pada tarikh tu untuk merehatkan diri secukupnya kat rumah. Ini adalah masanya aku luangkan masa secukupnya bersama keluarga tercinta sebelum melanjutkan pelajaran.InsyaAllah. Sebenarnya aku dah ambil keputusan untuk berhenti pada hujung bulan Mac tempoh hari, tapi disebabkan tergoda dengan pujukan mesra manager2 ku, aku mengambil keputusan untuk pospone tarikh resign sebulan.


Apa yang ingin aku katakan "Kfc Tasek is Awesome!". Bermula dari 18 Disember 2012 sehinggalah 30 April 2013, hampir 5bulan aku bertahan kerja disitu. Tidak kusangka, tidak kuduga ! I am strong woman ! yeayyy. Ramai yang tidak percaya dan ragu2 akan keupayaan aku untuk bekerja di fast food pada mulanya. Akhirnya, aku berjaya mengisi masa cuti aku dengan sebaik mungkin. Sememangnya kerja fast food sangat meletihkan, tapi takda kerja yang tak meletihkan betul tak? Aku sendiri akui bahawa ketahanan fizikal dan mental yg kental amat diperlukan lagi lagi jadi cashier fast food macam aku. Macam2 jenis n perangai customer yang kita kena hadap. Wlaupun stress n letih macam mana pun, aku telah dilatih agar sentiasa senyum n beramah mesra dengan customer kita. Sebabnya gaji aku datangnya dari duit customer2 aku. Kalau muka masam je, customer lari, hours potong. gaji pon takda. Sebabtu lah pentingnya layan dgn ikhlas untuk dapat duit yang berkat :)


 Serius aku katakan, kerja di fast food ni sgt seronok. "teamwork" dalam kerja membuatkan kita enjoy in working. Misalnya department cook sering bergantung dengan backup, department backup sering bergantung dengan cashier dan department cashier sering bergantung dengan CSC. Apa itu cook? backup? cashier? CSC?

Cook : Tukang masak ayam n orang terpenting dalam menjaga kualiti n kuatiti produk
Backup : Orang terpenting yang akan memastikan semua produk on standby
Cashier : Orang yang paling hadapan melayan dan berkomunikasi dgn customers
CSC : Orang terpenting dalam memastikan stall dalam keadaan bersih dan teratur

Ini berdasarkan apa yang aku paham dan bukannya copy dari google n mana2 buku. Selain daripada tu, faktor kawan membuatkan aku rasa seronok nak kerja. Macam2 jenis perangai kawan yg membuatkan aku rasa lucu dan bersemangat nak dtg kerja sebenarnya. Keduanya, faktor manager juga yg buat aku suka kerja. Dapat manager yg sempoi habis buat aku release tension smpai pecah perut gelak.Dapat yg straight habis, lingkup mood aku. hahaha.


Mengenai shift pulak, aku paling tak suka kalau dapat shift morning atau night. Salah satunya kalau shift morning aku malas nak bangun awal tapi kalau shift night aku malas nak melayan customer yg berlambak lambak. buat pening kepala otak aku je. Aku paling enjoy kalau dapat shift midnight sbb time tu aku akan buat hal sendiri. buat kerja sendiri tanpa perlu pecahkan kepala otak nak layan customer yg berlambak lambak. Sebabnya customer sorang dua je time midnight. so really enjoy! dah settle semua kerja, aku akan melawak dgn kawan2 aku smpai ke pagi.


Macam2 lagi kenangan pahit dan manis aku lalui sepanjang aku kerja di KFC ni smpaikan aku naik muak smpai sekarang nak makan kfc. Masa dulu2 smpai merajuk dengan mak sebab tak dapat makan kfc, sekarang smpai jemu tengok kfc depan mata. Tu dia penagan KFC :D

ni masa celebrate hari terakhir aku kerja. suprise celebration dgn kek secret bagai #choc indulgence
dari kiri Sir Cubby (Firdaus), aku, Miss Seema (Restoran Manager), Ayu.

Memandangkan aku dgn ayu resign tarikh sama, so clebrate buat sekali je
* "Hidung" tu gelaran aku yg direka oleh Sir Epoi. tak tahu lah kenapa dgn hidung aku, smpai diorg panggil aku hidung
* "mama" tu gelaran ayu kat tempat kerja sbb ada sejarah yg kita gelar dia mama.

hadiah yg miss Huda bagi masa aku nak resign. #sosweet

*Akhir kata, jika ada kesempatan waktu seperti cuti sem or cuti panjang, Insyallah aku akan menyambung part time disini. So kepada junior2 yg bakal jadi lepasan SPM mcm akak ni, isi masa lapang korang sebaiknya. #SERTAILAH KAMI :)